.

.
Rainbow

Sunday, April 24, 2011

ANGAN-ANGAN


benda ni aku penah dok betengkaq dengan kak aku .bayangkan, aku time tu tengah cita kat dia apa yang aku tengah dok berangan

= aku dengan family aku buat gathering p bercuti konon kat
 GENTING HIGHLAND la .contoh la~ pastu time tu bf aku ada kereta semua la, aku naik kereta dengan bf aku .naik CAYENNE lagi kauuu, HAHAHA! siap pulak bapak aku sporting bagi BF aku ikut ni, haha .pastu time tu aku tgh melepak dengan bf aku kat starbucks pastu p shopping bagai la .

= ada pulak aku berangn sebab aku lepas tengok twilight dengan kak aku, saja bosan2 ulang balik la cerita tu .pastu aku kan memang dok bekenan style EDWARD CULLEN tu, cara dia marah, jelous, macho gila .tu tak termasuk cara dia protect perempuan yang dia sayang .pastu aku kata la, aku berangan EDWARD tu masuk islam then kahwin dengan aku .HAHAHA!

kak aku boleh dok hingaq kat aku kata aku ni berangan tak beragak, takdak duit tapi ada hati nak p genting la siap pakai CAYENNE, kahkah~ pastu siap sound beragak la, kot nak makan kat mamak okay lagi ni takk melampau makan starbucks siap dengan bapak aku ikut lagi, hishhh .aku tak puaih hati la sebab bagi pendapat aku istilah BERANGAN ni memang melampaui batasan pun dan nak berangan ni tak payah kena bayaq pun .dan orang tak kan taktau apa yang kita berangan melainkan kalau kita p cerita kat orang lain la kan? lagipun aku ni ada habit pelik dari kecik iaitu kadang2 aku suka CAKAP SORANG-SORANG, haa! hampa takut dak? yala, aku anak last then aku bukan jenis nak p bekawan dengan orang so dok rumah jala pastu dok hadap cermin cakap la sorang2 .tapi aku still sedaq apa yang aku buat then aku penah GOOGLE
pasal benda ni .aku takut aku ada penyakit gila, tapi nasib dia kata bukan sebab gila .apa2 pun ikut pangkal hati la sebab aku boleh control kot .jawapan dia macam ni....

Orang yg banyak berangan-angan ini tidak dibahaskan dibawah bab fiqh zahir tapi diletak dibawah bab tasawwuf (fiqh albatin). Imam alHafeedz Ibn Qayyim alJauzea dalam kitabnya, "Madaarij asSaalikin" membicarakan sifat berangan-angan ini dibawah tajuk 'Mufsidat alQalb' (Penyakit/Virus Hati), salah satu virus atau perosak hati ialah banyak angan-angan. Ada pepatah Melayu yg berbunyi, "angan-angan Mat Jenin" yg mengaitkan keburukan banyak angan-angan dari bekerja atau beramal.
Ibn Qayyim (ibid) tidak mencela semua jenis angan-angan. Ada angan2 yg baik (hari ini kita namakan sebagai dream, vision, visi, cita2, wawasan) yakni kita berangan-angan atau bercita2 ingin menjadi spt Imam Syafi'iy atau Imam Nawawi, maknanya kita cemburu dgn kehebatan mereka dan bercita2 untuk menjadi seperti mereka kemudian mengorak langkah ke arah itu.

(sifat banyak angan2nya) ia tidak merosakkan ibadatnya asalkan ia dilakukan menepati rukun dan syaratnya, manakala jika semasa solat misalnya dia berangan-angan dan khayal, solatnya masih sah menurut fiqh azzahir.

Orang yg banyak khayalan ini baik sekali disalurkan dalam kerjaya rekacipta spt mencipta software, penulisan, hasil seni dsbnya yg menuntut skil kreativiti dan imaginasi.
Antara kitab2 terbaik untuk mengikis sifat ini ialah Jaddik hayatak (Perbaharuilah hidupmu) sebuah buku motivasi kehidupan oleh Prof alImam Syaikh Muhammad alGhazali, saya rasa ia sudah diterjemah dalam bahasa kita oleh Pustaka Darul Iman. Dia juga patut menjalani kursus2 positif thinking dan bina insan spt yg dijalankan oleh Dr Hasan Ali, Dr Fadzilah Kamsah, Focus Learning Sdn Bhd, adalah badan2 professional yg dapat membantu seseorang membina keyakinan diri dan dapat meyalurkan angan2 dan visi ke dalam alam nyata sebagai plan kehidupan. WaLlahu a'alam

No comments:

Post a Comment