.

.
Rainbow

Wednesday, November 21, 2012

MULUT ITU RACUN

Pepatah ada mengatakan mulut tempayan boleh ditutup  tapi bisakah kita menutup mulut orang? Kadang-kadang sampai betengkaq sbb tak puas hati. Norma kehidupan manusia memang mcmtu, aku pun tak terlepas bab mengata orang ni itupun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. hehe ;') Kadang-kadang bukan ja orang yang suka mengata ni, orang yg suka cakap besaq pun tak terlepas dari timbulnya ketidakpuasan hati. Cth Kau baik ngn malaikat jibrail, aku baik dengan malaikat maut, kadang-kadang aku yang jalankan kerja dia tu.  Dasyatkan? Sampai macamtu besar riaknya percakapan seseorang tu. Antara sedar ataupun tidak, adanya perasaan malu mahupan tidak itu terletak pada individu tu sendiri lah. Standard la orang yang tak boleh lebih pada orang lain hakikatnya dia memang dah ada semua, lengkap, perfect, tiptop, marvelous, ada eumphh. Cuma kadang-kadang konfiden dia kurang sebabtu dia keep bagitau yang dia macamtu lah, macamni lah. Nasihat aku, mangsa yang mendengar tu layankan jalah. Malas layan angkat kaki blah, habis cerita. Mulut sapa kita boleh control? Semua orang berhak bercakap dan bersuara. Bercakap semua orang boleh kecuali orang bisu, itupun hati mereka siapa yang tahu?

Wallahualam...

Tuesday, November 20, 2012

APALAH ENCIK MALAS NI

kemalasan yang melanda sehingga menakutkan diri sendiri. Tidur 14 jam yang selebihnya aku sendiri pun taktau aku buat apa. Tula, aku sepatutnya keja masa cuti ni so takdala baloq sangat bila masuk sem baru. apadaaaa! Tapi aku akan tetap menyimpan azam dan cita-cita bagi meningkatkan kualiti hidup. Al-maklumlah, zaman semakin moden, kehidupan semakin maju. Aku bahagia sekarang, aku bahagia dengan orang yang aku sayang. Orang yang banyak bagi nasihat kat aku, tapi bila aku pulak yang bagi nasihat dia takmau dengaq. Nak kena ah tuu! Jadi marilah kita membina semangat baru agar lebih rajin. Senaman yukk! Hehehe

Monday, November 19, 2012

TANDA-TANDA CINTA SEMAKIN PUDAR

1. Malas angkat telefon.. Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer.. 2. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..kalah YB. 3. Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati. 4. Mula menggelakkan diri dari bejumpa. 5. Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.
6. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido.
7. Apa kita buat dah tak betul dimata dia. 8. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan. 9. Taip sms pun pendek2 je. 10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer.
11. Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..
masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu. 12. Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak.busy. 13. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? Insyallah kalau de jodoh. kejap jer dia tuka topic. 14. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita. 15. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.
16. Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’.
17. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang
dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang. 18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp sekarang dah terbalik. 19. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hpcepat panas.

RASA, TERASA, MERASAI

Duit mengatasai segalanya. eh? tiba-tiba kan? Tapi itulah yang aku nampak dalam realiti kehidupan manusia dan dari yang aku nampak, kurangnya duit maka kuranglah kawan. Sedihnya manusia persis ini kerana tidak dapat merasai erti ikhlas dan kasih sayang sebenar.Tiada motif atau arah tuju topik kali ini. Hanya ingin meluahkan apa yang terbuku dihati. Dah, enjoy :)

Saturday, November 17, 2012

kebaikan dan keburukan? Memilih antara dua? Sudah tentunya kebaikan. Hanya atas sebab beberapa perkara kita memilih keburukan biarpun ianya bukan dari niat kita sendiri. Setiap benda yang terjadi pasti ada sebab dan tujuannya.

Friday, November 16, 2012

8 BULAN

Sebelum memulakan bicara, eloknya aku memberi maksud 8 bulan. Ianya adalah sebuah hubungan yang dapat bertahan sehingga keharini ini iaitu 8 bulan. Tanggal 17hb March 2012 menjadi saksi hubungan yang resmi. Auww! Luar biasanya hubungan ini kutujukan kepada sang pujangga yang banyak memainkan peranan. Bersabar diatas segalanya, melayan segala amarah, menunaikan segala karenah. Dengan harapan hati ini berkata agar dirimu begini selamanya. Selamat ulangtahun yang ke-8 bulan ditujukan kepada pujangga hati MUHAMMAD NIZAM FADLI bin JOHARI. Semoga diri ini kekal milikmu sehingga ke syurga.

P/S : I LOVE YOU YESTERDAY, I LOVE YOU STILL, I ALWAYS HAVE, I ALWAYS WILL

SEDIH :(

hurmm :( time aku sedih dia selalu dengar masalah aku, time aku happy dia tolong happy untuk aku .

Thursday, November 15, 2012

MUKADIMAH SAHABAT

Beza antara kawan dan sahabat sangat berbeza bagi aku. Bagi aku, sahabat adalah sesorang yang kita selesa dan senang apabila bercerita dengannya. Tidak merasa kekok dan juga merasakan dia adalah yang paling rapat kepada diri kita. Apabila kita berkongsikan masalah yang kita hadapi sahabat adalah salah satu orang yang dapat kita menangis di-bahunya begitu juga apabila berkongsikan kegembiraan bersama sahabat adalah salah satu orang yang dapat ketawa tanpa memikirkan sesiapa. Kenapa perlu ada jurang diantara sahabat dan keluarga pula? Sesetengah orang akan berkata, 'sahabat kau bukannya boleh tolong kau bilamana kau susah, dah susah last-last kau balik kat keluarga kau jugak' dan bagi aku itulah hakikatnya. Hanya sahabat yang tahu keinginanku, perasaan, cita-cita serta angan-anganku selepas pujangga hati aku. Sahabat juga tidak akan melihat kita jatuh kerana itulah gunanya nasihat. Nasihat yang menguatkan kita, menyelesaikan masalah. Kadang-kadang bukannya sahabat tidak memahami, hanya keputusan kita akan melibatkan ramai pihak maka terjadinya perbalahan pendapat. Nawaitu membuat sesuatu perkara bukannya dari hati akan mengundang kelukaan masa hadapan. Percayalah sahabat, kawan tidak memahami dirimu bilamasa mereka akan meninggalkanmu bila mereka merasakan dirimu terancam dan jatuh.

Kemanakah hala tujumu pujangga hatiku?

Disaat kata-kata indah dipuitis ,kata-kata manis dimadah janji manis diucap diriku langsung terkedu seribu kata. Jika cinta hanya dapat diungkap melalui kata-kata, jika kehidupan dapat diteruskan dengan cinta akanku pinangmu wahai pujangga. Mungkin luaranku tidak sempurna, dalamanku kecewa, ego tanpa kata, marah tanpa rasa tetapi percayalah wahai pujangga yang cintaku bukan hanya untuk hari esok. Cintaku tulus menunggumu sehingga hayat dikandung badan. Menjadi bidadari disampingmu, pengubat kala dukamu, berlindung disebalik tulang rusukmu akan tetapi hanya diriku yang berkata, hati yang melara, mata yang setiap harinya berkaca. Kapankah diriku akan menjadi yang halal kekal abadi sehingga ke syurga buatmu. Hati yang berkata sebak dikala sakit demam dirimu sedikit terabai. Alangkah indah dapat disampingku dikala ini.  Jangan bimbang, diri ini akan tetap menunggu saat kau berjabat tangan dengan raja dihatiku, tapi hanya satu ku pinta, berusahalah dirimu menuju kehatiku. Mudahkan cintaku? Hanya perkataan berusaha ku beri akan tetapi besar maknanya bagi sekujur tubuh ini. Saya sayang, cinta dan sentiasa rindu awak MUHAMMAD NIZAM FADLI BIN JOHARI. Semoga awaklah yang menjadi suami soleh kepada saya, ayah yang penyayang kepada anak-anak saya.

Kebanggaanmu, Kedamaianku

Suatu masa dimana kubersendiri memikirkan keseronokkan serta kealpaan aku duduk bersendiri berfikir dan terus berfikir. Dimanakah kesilapanku? Apakah kekuranganku? Masakan kesilapan orang lain aku yang dipersalahkan? setundun pisang tidak semestinya ranum semua buahnya .Percayalah wahai keagunganku , menghukum ada caranya. mendidik juga ada caranya. Maafkan andai memandai-mandai niat hati hanya menyedarkan. Jika akulah penyerimu, pelindungmu juga permatamu hanya satu ku pinta, limpahkanlah dengan kedamaianmu moga dapat ku ingat sepanjang hayatku dimana kesusahanmu mendamaikanku. Duduk bersendiri di birai menaip tanpa kata-kata hanya linangan air mata. Dapat ku gambarkan disebalik mata berkacamu sebentar tadi menungguku dengan kemarahan ,api kemarahan yang membuat egoku juga berkaca, pedih serta membara. Disaat lanjutnya usiamu satu masa nanti kupercaya kebanggaanmu dapat memberikan lebih daripadaku yang kekurangan. Berhentilah bersedih wahai hati, kupercaya sesuatu yg lebih indah menantimu. Tenanglah duhai hati jika sudah mati, sesungguhnya hanya pada PENCIPTA yang lebih mengerti.

Saturday, July 7, 2012

I love you Mohd Nizam Fadhli bin Johari

Since blog aku dah lama di-hacked so aku pun tak pernah nak update. Fyi, i've already found my new love and aku harap ni yang last and takdak yang lain dah. Sorry guys, I already taken and I'm in loveee like seriously! Dia banyak sokong aku dari belakang masa aku susah dan senang. Sekarang aku pun dah further study semua sebab dia yang banyak bagi semangat kat aku. By the way, aku akan cerita macam mana aku kenai dia first time and buat aku jadi love at first sight .Tapi nanti la, sekarang aku rasa aku nak tunjuk macam mana aku rasa bahagia dengan dia .Even aku keras kepala, ego tp Alahamdulillah, dia still boleh sabaq and terus dok pujuk aku .Kadang2 angin dia mai aku pun pujuk jugak hokayy! Trust me, men do love the sweet words like women do, and men do enjoy the sweet moment like women do as well…don’t they?So, appreciate the love from your loved one and in the mean time, putting your love feelings in an elegant manner by dedicating to your loved one some of the simplest, yet sweet and powerful words ;)

p/s : I promise to love you forever, every single day of forever… MNFJ

Sunday, January 29, 2012

HARI KENA PRANK :D


hey, dah bersarang blog aku ni. Btw, aku dah 20 sepanjang umur aku ni dah mcm2 benda yang aku dapat samada manis ataupun buruk. So, life takdaklah bosan sgt since aku dah kerja ni .And you know what, aku dah tak kisah benda yg sebelum2 ni orang buat .Manusia takdalah perfect sgt and peoples change right? Since dah kija ni banyaklah benda yang jadi, salah satu aku kena PRANK and benda ni sangat kejam .Aku geli ahhh dengan benda yang berkaitan dgn patung .kat kepala, tangan etc. Kakak2 ni planned last minit nak pekena aku aku pun p tandas time tu xtau pulak nak kena prank .heee, enjoiceeee