MUKADIMAH SAHABAT
Beza antara kawan dan sahabat sangat berbeza bagi aku. Bagi aku, sahabat adalah sesorang yang kita selesa dan senang apabila bercerita dengannya. Tidak merasa kekok dan juga merasakan dia adalah yang paling rapat kepada diri kita. Apabila kita berkongsikan masalah yang kita hadapi sahabat adalah salah satu orang yang dapat kita menangis di-bahunya begitu juga apabila berkongsikan kegembiraan bersama sahabat adalah salah satu orang yang dapat ketawa tanpa memikirkan sesiapa. Kenapa perlu ada jurang diantara sahabat dan keluarga pula? Sesetengah orang akan berkata, 'sahabat kau bukannya boleh tolong kau bilamana kau susah, dah susah last-last kau balik kat keluarga kau jugak' dan bagi aku itulah hakikatnya. Hanya sahabat yang tahu keinginanku, perasaan, cita-cita serta angan-anganku selepas pujangga hati aku. Sahabat juga tidak akan melihat kita jatuh kerana itulah gunanya nasihat. Nasihat yang menguatkan kita, menyelesaikan masalah. Kadang-kadang bukannya sahabat tidak memahami, hanya keputusan kita akan melibatkan ramai pihak maka terjadinya perbalahan pendapat. Nawaitu membuat sesuatu perkara bukannya dari hati akan mengundang kelukaan masa hadapan. Percayalah sahabat, kawan tidak memahami dirimu bilamasa mereka akan meninggalkanmu bila mereka merasakan dirimu terancam dan jatuh.
No comments:
Post a Comment